ZAILANAN@MUHD.FADHIL BIN ZAKARIA D20102046637
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
PERTEMUAN INI SUATU YANG MENGGEMBIRAKAN,
PERPISAHAN ITU MENYAKITKAN
Tuesday, 6 December 2011
RPH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Tilawah Al-Quran)
Darjah : 5 Pintar
Bilangan Pelajar : 12 orang
Tarikh : 10 Oktober 2011
Masa : 9.15 – 9.55
Tajuk : Kefahaman Surah Al-Qadr
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
i) Menyatakan maksud surah Al-Qadr.
ii) Menyatakan sebab turunnya Ayat
iii) Membaca surah Al-Qadr dengan betul dan fasih..
iv) Menyatakan pengertian ayat surah Al-Qadr dengan betul.
Hasil Pembelajaran (KBKK):
1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid sudah belajar di rumah dengan ibu bapanya.
2. Murid pernah mendengar imam membaca dalam sembahyang.
Penerepan nilai :
1. Rajin membaca Al-Quran.
2. Kerjasama
3. Berani mencuba.
Bahan Bantu Mengajar : Slaid power Point, kertas soalan, pensil, pembaris
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaan Dan Pembelajaran | Catatan |
Pendahuluan | Doa Pelajaran | - Guru meminta murid membaca doa pelajaran secara bersama. | -Doa |
Set Induksi (5 minit) | Guru memaparkan gambar orang sedang meneropong Bulan dan bintang. | - Guru menggunakan LCD, computer. - Guru mengajukan soalan kepada murid berdasarkan gambar. - Guru menghubungkaitkan gambar dengan tajuk. - Murid bekerjasama dengan guru | - pemerhatian murid - Kecerdasan - Komputer. - Lcd |
LANGKAH 1 (10 MINIT) | ARAS 1 - Penerangan guru berkenaan dengan surah Al-Qadr. 1. Maksudnya 2. sebab turunya ayat - Menjalankan aktiviti secara terancang | - Guru memberi penerangan maksud berkenaan surah Al-Qadr. - Murid memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap guru. - Guru bersoaljawab dengan murid. -Guru baca dikuti oleh murid secara kelas dan kumpulan. | -Lcd Pendekatan -Berpusatkan murid. Kaedah -penerangan dan Latih tubi. |
LANGKAH 2 (15 MINIT) | ARAS 2 ( Latih tubi) - Penerangan guru berkenaan pengertian ayat surah Al-Qadr. 1. Sesunguhnya kami menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan. 2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. 3. Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan. 4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. 5. Malam itu(penuh)kesejahteraan sampai terbit fajar. | - Guru meminta murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu. - murid mengikut arahan guru. - Guru memerhati aktiviti pelajar. - Guru membimbing murid membaca secara betul dan tepat pengertiannya. | Lcd Latih tubi |
PENUTUP (10 MINIT) | ARAS 3: Proses membuat penilaian dan kritikan -Rumusan -Penutup | - Guru memberi latihan kepada murid. - Murid menjawab soalan mengikut arahan guru. -Guru memperdengarkan bacaan Surah Al-Qadr - Murid mendengar dengan penuh perhatian. | Jawab soalan yang diberikan oleh guru Komputer |
Subscribe to:
Posts (Atom)